Wednesday 23 March 2011

report pelabuhan


 





KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PUSAT LATIHAN KLINIKAL PPKP BUKIT MERTAJAM
KURSUS DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN                                                                       PELATIH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
LAPORAN PENEMPATAN DI PEJABAT PELABUHAN BUTTERWORTH

Bil.
Nama
Nombor Matriks
1
Abdullah Hafiz Bin Mohmad
BPPKP 2008-5497
  2
Abu Talhah Bin Amin
BPPKP 2009-2756
  3
Ahmad Syahmi Afnan Bin Mustapha
BPPKP 2009-2768
  4
Badrul Iman Bin Ab. Raub
BPPKP 2009-2776
  5
Hairul Anuar Bin Abdul Razak
BPPKP 2009-2777
  6
Kamarulzaman Elyas Bin Mohamad
BPPKP 2009-2780
  7
Mohd Aznizam Bin Abdullah
BPPKP 2008-5541
  8
Mohd Hafizul Bin Yusuf
BPPKP 2009-2804
  9
Mohd Syafiq Bin Sanusi
BPPKP 2009-2817
 10
Mohd Zaiku Akram Bin Mansor
BPPKP 2009-2818
 11
Wan Muhamad Norazwan Bin Wan Abu Bakar
BPPKP 2009-2873
                                               
 PENGHARGAAN
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTEK76Sw0pp8XmsMIDd-3otDVSzlnlIbrZXgx5aVgN7mTCJ-BE&t=1&usg=__EHsi8cidDpyYO9KKsrgV6NgIKbA=

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya kami telah berjaya menyiapkan Laporanmengenai Pelabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang  Antarabangsa Bayan Lepas bagi tahun 2011 ini.
Laporan ini merupakan salah satu tugasan bagi Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran DKP14/09 bagi memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih mengenali dan memahami peranan yang dilaksanakan oleh setiap Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang bertugas di pelabuhan mahupun dilapangan terbang.Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Encik Pathmanathan dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami tentang tugas-tugas PPKP di pelabuhan dan lapangan terbang.
 .          Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada penyelia kami iaitu Encik Umathavan a/l Arumugam yang sudi membantu kami dalam menyiapkan laporan ini. Beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Tidak dilupakan juga kepada En. Hamdi Jaafar, pemandu PLK Bukit Mertajam yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga membawa kami ke destinasi-destinasi yang ditujui. Sesungguhnya sumbangan beliau kepada kami teramatlah besar dengan membawa kami berulang-alik daripada PLK Bukit Mertajam ke pelabuhan dan lapangan terbang.

            Akhir sekali jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan laporan Pelabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ini.





SENARAI NAMA PELATIH DKP 14 YANG TERLIBAT
Bil.
Nama
Nombor Matriks

1
Abdullah Hafiz Bin Mohmad
BPPKP 2008-5497

  2
Abu Talhah Bin Amin
BPPKP 2009-2756

  3
Ahmad Syahmi Afnan Bin Mustapha
BPPKP 2009-2768

  4
Badrul Iman Bin Ab. Raub
BPPKP 2009-2776

  5
Hairul Anuar Bin Abdul Razak
BPPKP 2009-2777

  6
Kamarulzaman Elyas Bin Mohamad
BPPKP 2009-2780

  7
Mohd Aznizam Bin Abdullah
BPPKP 2008-5541

  8
Mohd Hafizul Bin Yusuf
BPPKP 2009-2804

  9
Mohd Syafiq Bin Sanusi
BPPKP 2009-2817

 10
Mohd Zaiku Akram Bin Mansor
BPPKP 2009-2818

 11
Wan Muhamad Norazwan Bin Wan Abu Bakar
BPPKP 2009-2873











PEJABAT KESIHATAN PELABUHAN,PULAU PINANG
ALAMAT
Tingkat 1,
Bangunan Tuanku Syed Putra,
Lebuh Downing,
10300 Pulau Pinang
PENGENALAN
Pejabat Kesihatan Pelabuhan, Pulau Pinang merangkumi sebuah Pejabat di tingkat 1, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing, Pulau Pinang. Pejabat ini bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang kesihatan supaya kapal-kapal antarabangsa tidak membawa masuk penyakit-penyakit dan punca jangkitan. Ia juga memastikan makanan yang diimpot masuk mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan negara ini. Kawasan operasi Pejabat Kesihatan Pelabuhan meliputi 3 pelabuhan penting iaitu:
a.    Pelabuhan Pulau Pinang (Jeti Swettenham):
 Merangkumi aktiviti penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Antarabangsa, Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan Impot, Kawalan Mutu Air Minum dan Kawalan Vektor.
b.    Pos Kesihatan Butterworth:
 Merangkumi aktiviti penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Antarabangsa, Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan Impot, Kawalan Mutu Air Minum dan Kawalan Vektor.
c.    Pelabuhan LKIM Batu Maung:
Merangkumi aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Antarabangsa, Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan Impot, Kawalan Vektor dan Kawalan Mutu Air Minum.
Kedua-dua pelabuhan di Jeti Swettenham dan Butterworth adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Penang Port Sdn.Bhd. (PPSB) manakala, Pelabuhan Batu Maung di bawah Malaysia International Tuna Port (MIT).Pejabat ini juga diwartakan sebagai salah satu Pusat Suntikan Demam Kuning di mana ia memberi perkhidmatan imunisasi Demam Kuning kepada pelawat-pelawat yang akan berkunjung ke negara-negara endemik.

AKTIVITI PEJABAT KESIHATAN PELABUHAN
n  Keselamatan Dan Kualiti Makanan
n  Kawalan Vektor
n  Kesihatan Antarabangsa
n  Sanitasi Pelabuhan
n  Penguatkuasaan Undang-Undang
n  Kawalan Mutu Air
n  Import / Eksport mayat dan spesimen
n  Fumigasi Kapal
n  Kawalan anti merokok
n  Pentadbiran

SEJARAH
Pejabat Kesihatan Pelabuhan, Pulau Pinang ditubuhkan ketika zaman British sekitar tahun 30an. Aktiviti ketika itu melibatkan pengawalan dan pengawasan pintu masuk ke atas penyakit-penyakit berjangkit seperti cacar dan taun yang begitu menular ketika itu.

PERANAN  UTAMA
Pejabat ini bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang kesihatan supaya “Kapal-kapal Antarabangsa” tidak membawa masuk penyakit-penyakit yang akan mengakibatkan punca jangkitan. Memastikan makanan import adalah berkualiti ,selamat dan mematuhi perundangan negara. 



OBJEKTIF UTAMA PROGRAM
·        Memastikan kapal-kapal  domestik /antarabangsa tidak membawa masuk/keluar penyakit berjangkit.
·        Peraturan Kesihatan Antarabangsa telah menetapkan  3 penyakit berjangkit dikategorikan sebagai Penyakit-penyakit  Kuarantin (Quarantible Diseases), iaitu Taun (Cholera), Demam Kuning (Yellow Fever) dan Hawar (Plague).

OBJEKTIF KHUSUS PROGRAM
1.    Mengesan, mengurang dan  menghapuskan serangga pembawa  penyakit didalam dan disekitar kawasan operasi.
2.    Mencegah penyebaran penyakit  -penyakit bawaan serangga dibawa masuk dan keluar Malaysia melalui  Pelabuhan.
3.    Mencegah berlakunya penyakit hawar dan  Demam Kuning di Malaysia.
4.    Kawalan Penyakit-penyakit lain yang akan di ‘Isytiharkan’ oleh WHO spt. SARS,Ebola

WAWASAN
Menjadi satu pusat kecemerlangan dalam aspek kesihatan berkaitan dengan perkhidmatan, memberi nasihat, tunjuk ajar dan latihan kepada agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi bukan kerajaan dan pelanggan-pelanggan lain seperti pengusaha perniagaan termasuk orang awam

MISI
Melaksanakan dengan penuh dedikasi, tanggungjawab dan profesionalisma dalam pencegahan kemasukkan penyakit berjangkit dan makanan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan demi kepentingan Kesihatan Awam



PIAGAM PELANGGAN
a) UNIT KESIHATAN ANTARABANGSA:
1. Memproses dokumen dalam masa 20 minit (untuk kapal bukan kuarantin).
2. Menjalankan pemeriksaan kapal kuarantin dalam masa sejam (tertakluk kepada                                     tempat pemeriksaan).
3. Mengeluarkan sijil yang tertentu dalam masa sejam (tertakluk kepada jenis sijil yang dikeluarkan).
4. Memberi maklumat terkini dan tepat mengenai “status” kapal dalam masa 20 minit.
5. Memberi suntikan dalam masa 30 minit.

b) UNIT KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN:
1. Memproses dokumen dalam masa 10 minit.
2. Menjalankan pemeriksaan konsaimen makanan yang diimpot dalam masa 1 jam (tertakluk kepada tempat pemeriksaan).
3. Mengambil sampel makanan bagi tujuan cerakinan dalam masa 30 minit (tertakluk kepada tempat pemeriksaan).
4. Memberi maklumat terkini dan tepat mengenai "status" pengimpotan dalam masa 15 minit.
5. Menyiasat aduan yang diterima dalam masa 30 minit.(tertakluk kepada jenis dan tempat aduan) 

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Pejabat Kesihatan Pelabuhan Pulau Pinang akan:

A)  Memastikan setiap anggota pejabat ini termasuk pelanggan yang terlibat secara         langsung atau tidak langsung dalam aktiviti Kesihatan Antarabangsa dan Keselamatan & Kualiti Makanan mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri.

B)  Memastikan segala kerja berkaitan dengan aktiviti Kesihatan Antarabangsa dan Keselamatan & Kualiti Makanan dilaksanakan dalam persekitaran yang selesa dan selamat.


Dengan adanya polisi ini:-

1. Penyediaan dan penyelenggaraan tempat kerja yang baik dengan sejauh mana yang praktikal dari segi keselesaan dan keselamatan menurut peruntukan undang-undang bertulis yang sediada akan dilaksanakan.

2. Pemberian maklumat yang terkini dan latihan kepada semua anggota pejabat ini termasuk pelanggan akan diadakan.

3. Semua kes kecederaan atau kemalangan nyaris akan disiasat supaya tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

4. Penyediaan kemudahan asas kepada semua anggota supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota dapat dipertingkatkan dan dipelihara.

5. Semua anggota pejabat akan diberi peralatan pelindungan diri untuk digunakan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan mereka semasa bertugas.

6. Polisi ini akan dikaji semula seberapa kerap yang sesuai dengan keselamatan dan kesihatan anggota semasa bekerja dan membawa kepada perhatian semua anggota. 

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG TERLIBAT
1)  International Travel and  Health   (Vaccination Requirements),  1993
2)  Akta  Kawalan  dan  Pencegahan Penyakit Berjangkit,          1988
3)  Quarantine Medical Rules,  1937
4)  Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975,      
5)  Akta  Hidrogen  Sianid (Pengwasapan),  1953
6)  Akta Makanan 1983 & Peraturan Makanan 1985







PEMERIKSAAN KESIHATAN KAPAL DI PELABUHAN

 

PENGENALAN


·        Pemeriksaan kapal merupakan salah satu daripada cabang tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang bertugas di pelabuhan. Di Malaysia, terdapat beberapa pelabuhan penting yang menjana ekonomi serta berfungsi sebagai pintu masuk bagi kapal-kapal dagang yang berlabuh.
·        Tugas asas PPKP dalam pemeriksaan kapal ialah memastikan tikus  tiada di atas kapal tersebut. Rasional pemeriksaan adalah untuk mencegah daripada berlakunya kejadian penyakit hawar dan demam kuning (Yellow Fever) daripada masuk ke negara ini.
·        Di Malaysia, terdapat vektor kepada virus demam kuning iaitu Aedes aegypti, namun masih bebas dari penyakit tersebut kerana tidak terdapat agen penyebab. Adalah menjadi tugas PPKP untuk mencegah daripada masuknya agen penyebab ini dari pintu masuk pelabuhan.

·        Dalam kawalan rodensia pula, tugas PPKP adalah untuk mencegah daripada berlakunya kejadian penyakit hawar. Seperti kebanyakan negara, Malaysia juga mempunyai vektor yang berpotensi untuk menyebabkan berlakunya kejadian penyakit ini, jadi adalah penting untuk mencegahnya daripada memasuki negara ini.

·        Dalam pemeriksaan kapal, PPKP akan menilai segala aspek yang berkaitan kesihatan. Antaranya menilai kebersihan atas kapal, menilai pencahayaan dan pengudaraan bilik anak kapal bagi keselesaan anak kapal, membuat pemeriksaan bilik air, pemeriksaan tandas, memeriksa dapur, stor bahan kering, kemudahan penyimpanan dingin beku, pemeriksaan terhadap pengendali makanan dan memeriksa kemudahan pembuangan sampah di atas kapal.


OBJEKTIF PEMERIKSAAN
Ø  Memastikan kapal-kapal yang masuk di pelabuhan negara ini tidak menjadi punca kepada penularan penyakit berjangkit terutama penyakit demam kuning,kolera dan hawar ke negara ini.
Ø  Mewajibkan setiap kapal yang singgah di mana-mana pelabuhan mesti menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan berlakunya penularan penyakit berjangkit utama iaitu penyakit demam kuning,kolera dan hawar ke negara ini seperti kehendak Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
Ø  Untuk menguatkuasakan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969 dan beberapa Akta dan Peraturan yang digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan peraturan tersebut :-
                                      i.        Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988
                                    ii.        Akta pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)
                                   iii.        Qurantine Shipping Regulation 1975 ( yang diguna pakai di negeri-negeri bersekutu)
                                   iv.        Public Health Ordinance 1999.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PPKP
      i.        Menyemak semua dokumen permohonan yang diterima
    ii.        Merekodkan butir-butir status kapal dalam daftar aktiviti kesihatan kapal dan butiran yang perlu dikemas kini di dalam daftar
   iii.        Menjalankan pemeriksaan kesihatan kapal untuk memastikan tidak ada berlaku urungan tikus dan tanda-tanda urungan tikus
   iv.        Sekiranya wujud urungan tikus atau terdapatnya tanda-tanda, arahkan kerja-kerja pengwasapan dijalankan oleh operator yang telah dilantik dan diluluskan oleh kementerian kesihatan.
     v.        Melakukan penyeliaan bagi memastikan kerja-kerja pengwasapan di jalankan mengikut arahan kerja yang telah ditetapkan
   vi.        Menyediakan sijil SSCC atau SSCEC untuk tandatangan dan pengesahan pegawai atasan.
PROSES KERJA PEMERIKSAAN KAPAL DI PELABUHAN / DERMAGA
Ø  Terdapat beberapa prosedur pemeriksaan kapal di pelabuhan iaitu : -
·        Prosedur pengeluaran status kapal
·        Prosedur pemeriksaan dan pengeluaran “Port Health Clearance”
      untuk kapal bebas.
·        Prosedur pemeriksaan kapal kuarantin yang meliputi :-
- Prosedur pemeriksaan dokumen dan bahagian kritikal kapal
- Prosedur pengeluaran Sijil Free Pratique
- Pemeriksaan kapal keseluruhan
- Arahan aktiviti kuarantin
- Pengeluaran atau lanjutan sijil SSCC & SSCEC

Ø  Prosedur Pengeluaran Status kapal
·        Mendapatkan data ketibaan kapal
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran mendapatkan data           ketibaan kapal dari agen perkapalan dari masa ke semasa
·        Menerima borang notis kesihatan
-       Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  menerima notis          kesihatan  dari agen perkapalan dan memasukkan dalam fail atau buku pendaftaran.

Ø  Memproses Permohonan Borang Notis Ketibaan Kapal.
·        Semak Borang Notis Kesihatan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  dikehendaki memastikan    bahawa butiran berikut ada dalam borang notis ketibaan kapal.
Ø  Tarikh Permohonan / penerimaan
Ø  Nama Pegawai / Tarikh / Masa yang menerima borang yang dicop di atas borang tersebut
Ø  Tarikh Ketibaan Kapal
Ø  Tarikh Luput Sijil SSCC atau SSCEC
Ø  Kesihatan anak kapal dan penumpang
Ø  Pelabuhan terakhir kapal berlabuh dan tarikh kapal berlepas dalam masa 30 hari dari kawasan yang endemik Demam Kuning.

·        Menentukan Status kapal
PPKP dikehendaki merujuk kepada “ Weekly Epidemiological Report “ dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) terkini untuk menentukan status kapal samaada kapal bebas atau kapal kuarantin ( epidemik atau endemik)

·        Keputusan kepada permohonan notis ketibaan dan status kapal.
PPKP  boleh mencadangkan kepada pegawai atasan ( Pegawai Kesihatan Pelabuhan ) mengenai keputusan permohonan agen untuk berlabuh ke dermaga berdasarkan notis kesihatan yang diterima. Terdapat 3 alternatif keputusan iaitu ;-
-       Status A
-       Status B
-       Status C


a)    Status A - Kapal Bebas (Free Vessel )( Bebas berlabuh DiDermaga )
Kapal diberi taraf bebas dan berlabuh di dermaga dengan syarat  butiran dalam notis ketibaan kapal ini memenuhi syarat- syarat   berikut :-
                                                                  I.    Tarikh sijil SSCC / SSCEC tidak tamat lagi
                                                                 II.    Kesihatan anak dan penumpang – sihat dan tiada kematian semasa perjalanan dari pelabuhan terakhir
                                                                III.    Pelabuhan terakhir kapal berlabuh bukan dari negara endemik dengan penyakit Hawar.
                                                              IV.    Kapal ini akan diberikan “ Free Pratique” dan kapal dibenarkan berlabuh di dermaga. Pemeriksaan tamat di sini.

b)  Status B - Berlabuh di Dermaga dan pemeriksaan kesihatan kuarantin
Kapal ini dibenarkan berlabuh di dermaga tetapi tidak dibenarkan melakukan aktiviti pemunggahan, penumpang dan anak kapal tidak boleh turun dari kapal dan tiada sesiapa pun dibenarkan naik ke kapal sebelum pemeriksaan kuarantin dijalankan. Kapal boleh dikenakan tindakan ini sekiranya butiran dalam borang notis kesihatan mempunyai salah satu sebab di bawah :
                                                                  I.    Sijil SSCC / SSCEC yang tamat tempoh.
                                                                 II.    Kesihatan anak kapal dan penumpang – ada anak kapal dan penumpang yang sakit di atas kapal dan ada kematian dalam perjalanan terakhir.
                                                                III.    Pelabuhan terakhir kapal berlabuh adalah dari Negara yang endemik / epidemik dengan penyakit Hawar.
                                                              IV.    Kapal ini tidak diberikan Free Pratique tetapi hanya diberikan sijil kebenaran untuk berlabuh di dermaga.
            
c)  Status C - Kapal Kuarantin Di “ Quarantine Anchorage “
Kapal ini diberi status c atau kapal ini diberi taraf Quarantine dan dikehendaki berlabuh di Quarantine Anchorage dalam keadaan berikut :-
                                                                  I.    Terdapat penyakit berjangkit di kalangan anak kapal atau penumpang
                                                                 II.    Ada kematian anak kapal atau penumpang kerana penyakit berjangkit
                                                                III.    Pelabuhan- pelabuhan terakhir adalah dari kawasan Epidemik
                                                              IV.    Terdapat kematian tikus luar biasa di atas kapal.

PROSEDUR PENGELUARAN SIJIL “PORT HEALTH CLEARANCE” UNTUK KAPAL BEBAS
 Agen perkapalan dikehendaki menyerahkan dokumen – dokumen berikut dalam masa 2 jam selepas ketibaan kapal.Dokumen – dokumen berikut adalah :-
1)    Maritime Declaration of Health
2)    Sijil asal SSCC atau SSCEC.
3)    Senarai anak kapal
4)    Senarai penumpang.
5)    Senarai pelabuhan – pelabuhan kapal berlabuh.
6)    Senarai vaksinasi Demam Kuning anak kapal dan penumpang jika ada.

Ø  Pemeriksaan Dokumen
Pemeriksaan dokumen oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  akan dilakukan sebaik sahaja diterima dari agen perkapalan. Pemeriksaan dokumen seperti berikut :-
ü  Maritime Declaration of Health; semua 6 jawapan mesti mematuhi keperluan Peraturan Kesihatan Antarabangsa yang bermaksud tiada kejadian penyakit hawar, Demam Kuning atau kematian akibat penyakit berjangkit atau penyakit hawar pada tikus atau kematian luar biasa tikus
ü  Tarikh sijil SSCC atau SSCEC mestilah sah tempoh laku
ü  Kesihatan anak kapal dan penumpang : Sihat dan tiada kematian
ü  Pelabuhan Terakhir endemik atau epidemik
ü  Tiada kematian luar biasa tikus di atas kapal
ü  Tiada penumpang haram (stowaway) di atas kapal

Ø  Semakan ke atas semua dokumen dan dibandingkan dengan borang notis ketibaan kapal ( Borang PKP 02 ) untuk memastikan bahawa semua dokumen yang dihantar adalah mengikut borang notifikasi yang dihantar oleh agen.

Ø  Keputusan :-
Pengeluaran “ Port Health Clearance” - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  boleh dengan sendiri atau mencadangkan kepada pegawai atasan untuk mengeluarkan “ Port Health Clearance” sekiranya beliau berpuas hati dengan pemeriksaan dokumen.

Ø  Pengeluaran arahan Kuarantin - Sekiranya ia tidak berpuas hati dengan pemeriksaan dokumen ia boleh mencadangkan  kepada pegawai atasan untuk pemeriksaan kapal dijalankan. Seterusnya pemeriksaan kapal akan dilakukan oleh PPKP. Sekiranya ia berpuas hati maka “Port Health Clearance “ boleh dikeluarkan.

Ø  Namun begitu sekiranya dari pemeriksaan kapal, ia tidak berpuas hati maka ia boleh mengarahkan aktiviti kuarantin dijalankan, pemeriksaan semula perlu dijalankan oleh PPKP. Setelah pemeriksaan itu, sekiranya PPKP berpuas hati maka pengeluaran “Port Health Clearance” boleh diberikan.


Prosedur Pemeriksaan Kapal Kuarantin Dermaga atau Labuhan (Quarantine Anchorage)
Sebaik sahaja kapal tiba di dermaga atau di Labuhan pemeriksaan kesihatan serta merta barangan atau penurunan anak kapal dan penumpang sehingga pemeriksaan kuarantin dijalankan. Pemeriksaan kapal akan dijalankan terlebih dahulu oleh (pegawai Kesihatan ) sebelum pemeriksaan agensi lain dibenarkan. Pemeriksaan kesihatan akan dijalankan oleh PPKP. Pemeriksaan kapal kuarantin yang meliputi:-
v  Prosedur pemeriksaan dokumen dan bahagian kritikal
v  Prosedur pengeluaran sijil Free Pratique
v  Pemeriksaan kapal keseluruhan
v  Arahan aktiviti kuarantin
v  Pemeriksaan untuk pengeluaran atau lanjutan sijil SSCC / SSCEC

Kriteria kapal kuarantin
      i.        Sijil SSCC / SSCEC yang tamat tempoh
    ii.        Kesihatan anak kapal dan penumpang – ada anak kapal /penumpang yang sakit
   iii.        Ada berlaku kematian di atas kapal
   iv.        Pelabuhan terakhir kapal berlabuh adalah dari negara yang endemik penyakit demam kuning & hawar
     v.        Ada stowaway (orang yang tidak sepatutnya berada di atas kapal)
   vi.        Arahan daripada KKM jika berlaku suatu wabak serius contohnya SARS

Proses pemeriksaan kapal keluar
Proses pemeriksaan keluar kapal diperlukan sebelum sesebuah kapal dapat dibenarkan keluar oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan. Terdapat 3 situasi yang perlu dikendalikan iaitu :-
      i.        Kapal bebas yang berlabuh di dermaga
    ii.        Kapal yang berlabuh di dermaga dan dikuarantin
   iii.        Kapal yang berlabuh di labuhan dan dikuarantin



Kriteria Untuk Pengeluaran Free Pratique dan Port Health Clearance
Semua kriteria ini perlu di patuhi untuk pengeluaran free Pratique dan Port Health Clearance :-
      i.        Semua dokumen lengkap dan juga menepati borang notis ketibaan(PKP02)
    ii.        Sijil SSCC dan SSCEC yang sah dan tidak luput tempoh
   iii.        Semua butiran dalam Maritim Health Declaration dipatuhi
   iv.        Pemeriksaan kapal yang memuaskan - Tidak terdapat urungan tikus dan kebersihan yang memuaskan.
                                                                                              
Bagi mereka yang tidak dapat mematuhi kriteria di atas, Tindakan berikut perlu dilakukan selaras dengan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Sek 31 (2).
      i.        Fumigasi apabila terdapat urungan tikus
    ii.        Kebersihan yang tidak memuaskan, pembersihan perlu dilakukan
   iii.        Sekiranya ada penyakit berjangkit, pegawai kesihatan perlu mengambil langkah untuk mengelakkan transmisi penyakit.

PENGELUARAN SIJIL SSCC & SSCEC
Objektif:-
      i.        Untuk menetapkan satu prosedur kerja seragam untuk pengeluaran sijil SSCC atau SSCEC dan boleh diterima pakai oleh semua pentadbiran kesihatan pelabuhan di Malaysia.
    ii.        Mencegah kemasukan penyakit Hawar yang di bawa melalui kapal yang masuk ke pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.
   iii.        Menguatkuasakan undang-undang kesihatan dan peraturan-peraturan kesihatan antarabangsa yang ada.
   iv.        Memudahkan tugas-tugas penyeliaan oleh pegawai atasan


Undang-undang yang berkaitan
      i.        Akta Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
    ii.        Akta Hidrogen Sianida 1972 (Termasuk Perintah Metil Bromide)
   iii.        Ship sanitation (WHO Publication)
   iv.        International Health Regulations (IHR) 2005





















PROSEDUR SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN DIATAS KAPAL

Agen beritahu PPKP mengenai kes kematian di atas kapal
 


       Pemberitahuan kepada MOH


PPKP & agen buat arrangement bila kapal akan berlabuh


                 Bila kapal berlabuh,PPKP & doktor akan jalankan pemeriksaan
 


                                                Bawa bersama surat koroner
 


Kapten kapal buat ID



PROSEDUR SEKIRANYA ADA STOWAWAY DIATAS KAPAL

               Pemberitahuan daripada agen mengenai stowaway di atas kapal

   PPKP jumpa dengan kapten untuk sahkan maklumat tersebut


Sekiranya maklumat yang diberikan benar,PPKP, polis & imigresen bersama dengan   kapten pergi ke tempat kurungan stowaway
 


Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh PPKP dahulu,sekiranya stowaway sihat
dan tiada sebarang masalah kesihatan, stowaway akan diserahkan kepada polis dan imigresen


            Balik ke pejabat dan buat laporan



Carta Alir Prosedur Pemeriksaan Kapal Di Pelabuhan


Carta Alir Proses Pengeluaran Sijil SSCC atau SSCEC





PROSEDUR PENGAWASAN VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT
Objektif
Prosedur ini menggariskan mengenai tatacara pengawasan dan pengawalan vektor pembawa penyakit supaya penyakit hawar, demam kuning dan penyakit bawaan vektor lain tidak memasuki negara ini melalui Pelabuhan dan Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Skop
Kesemua prosedur ini diguna pakai oleh semua anggota – anggota unit kawalan vektor di Pejabat Kesihatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang Pulau Pinang bagi mengambil kira aspek – aspek berikut :
a)    Langkah pencegahan dan pengawalan penyakit demam kuning yang dibawa oleh vektor Aedes Aegypti disekitar kawasan lingkungan Pelabuhan dan Lapangan Terbang.
b)    Langkah pencegahan dan pengawalan penyakit hawar yang dibawah oleh kutu jenis “Xenopyslla cheopis” melalui rodensia di sekitar kawasan lingkungan Pelabuhan dan Lapangan Terbang.

Perancangan
·        PPKP akan merancang aktiviti pengawasan dan kawalan vektor dalam kawasan lingkungan pelabuhan dan lapangan terbang mengikut kadar sasaran Kerja tahunan.
·        Membahagikan kawasan operasi kepada beberapa zon dan pecahan pasukan bagi melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan vektor. Tugas ini akan dilakukan oleh PPKP.
·        Setelah pembahagian kawasan operasi dan pasukan, PPKP akan menyediakan peralatan berdasarkan senarai peralatan dan keperluan asas lain untuk menjalankan aktiviti pengawasan dan pengawalan seperti jadual tugas, anggota, kenderaan dan sebagainya.
·        Setelah semuanya selesai, aktiviti pengawasan dan pengawalan di lapangan akan dijalankan. Aktiviti tersebut ialah :-
Ø  Kajian Aedes.
Ø  Kajian Ovitrap.
Ø  Kajian Rodensia.
Ø  Pengesanan larva nyamuk.

PROSES KERJA PEMERIKSAAN AEDES
Sebelum Ke Lapangan.
·        Sedia jadual kawasan pemeriksaan dan pasukan.
·        Atur pasukan pemeriksaan bila perlu.
·        Pasukan pastikan peralatan mengikut senarai peralatan sebelum dibawa keluar.

Semasa menjalankan pemeriksaan aedes.
·        Kenalkan diri bersama pembantu dengan menunjukkan kad     kuasa dan beritahu tujuan kedatangan.
·        Jalankan pemeriksaan bersama pembantu dan pemilik atau  penduduk premis.
·        Jika ditemui pembiakan larva serangga pembawa penyakit, tunjukkan tempat yang ada pembiakan kepada pemilik atau penduduk premis.
·        Sebelum mengambil larva tersebut, tunjukkan botol spesimen dan pipet kosong kepada pemilik atau penduduk premis.
·        Di hadapan pembantu dan pemilik, gunakan pipet dan ambil spesimen tersebut yang hidup tidak kurang dari 5 ekor. Jika pembiakan kurang dari 5 ekor, ambil kesemua larva dari tempat pembiakan.
·        Tutup bekas spesimen dan di lak dengan lak rasmi KKM.
·        Labelkan botol spesimen dan bekas tempat pembiakan mudah alih serta turunkan tandatangan ringkas.
·        Isikan borang laporan pemeriksaan larva aedes untuk premis yang ada pembiakan dan telah diambil spesimen larva.
·        Isikan borang laporan kajian aedes untuk premis-premis yang telah diperiksa. (Borang PBV(VEKPRO) 3/10)

ü  Sediakan pelan lantai tempat pembiakan larva serangga dengan kekunci dan tandakan tempat pembiakan dengan tanda ( X ).
ü  Isi borang perakuan pungutan larva dari premis da bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pind.) 2000.
ü  Dapatkan tandatangan pemilik atau penduduk pada salinan-salinan asal. Kemudian serahkan salinan pendua borang tersebut kepada pemilik atau penduduk.
ü  Memberi pendidikan kesihatan kepada pemilik atau penduduk premis tersebut.

PROSES KERJA KAJIAN OVITRAP
Persediaan Sebelum Lapangan.
·        Tetapkan lokasi-lokasi ovitrap dan nombor-nombor mengikut  zon-zon.
·        Atur pasukan pemeriksaan jika perlu.
·        Sediakan peralatan berikut untuk kerja-kerja kajian ovitrap.
ü  Botol spesimen larva.
ü  Borang kajian ovitrap.
ü  Alat penyedut (pipet).
ü  Lampu suluh.
ü  Label botol spesimen larva.
ü  Bekas ovitrap.
ü  Label ovitrap.
ü  Paddle.



Kerja – Kerja Di Lapangan.
·        Memeriksa ovitrap-ovitrap untuk larva nyamuk mengikut zon.
·        Memungut semua larva nyamuk sekiranya terdapat pembiakan.
·        Larva dimasukkan ke dalam botol spesimen dan dilabelkan.
·        Bekas ovitrap dicuci bersih, digantikan dengan air yang baru dan diletakkan semula ke lokasi.
·        Spesimen yang dipungut dibawa balik ke pejabat untuk dianalisis.
·        Ovitrap yang hilang atau rosak akan digantikan.
·        Ovitrap yang baru akan diisi dengan air dan diletakkan paddle dan kemudian dilabelkan.
·        Rekodkan maklumat kajian didalam borang kajian ovitrap.

Kerja- Kerja Di Makmal.
·        Keluarkan larva daripada spesimen botol dan masukkan ke dalam bekas.  Ambil seekor larva dengan menggunakan pipet dan letakkan di atas slaid  kaca dan kemudian ditutup dengan penutup slaid.
·        Periksa larva dibawah mikroskop untuk mengenal pasti spesies aedes dan ulang langkah sebelumnya terhadap semua larva yang dipungut.
·        Pengesahan jenis larva yang diperiksa dan rekodkan keputusan didalam  buku pendaftaran pemeriksaan ovitrap.

PROSES KERJA KAWALAN RODENSIA.
Pemasangan Perangkap Tikus.
Ø  Tetapkan lokasi-lokasi pemasangan perangkap tikus mengikut zon-zon.
Ø  Perangkap-perangkap tikus dipasang di lokasi-lokasi dan mengikut nombor-nombor yang ditetapkan.
Ø  Setiap perangkap tikus yang dipasang akan dilabelkan dengan nombor dan mengikut zon.

Pemeriksaan Perangkap Tikus.
Ø  Sediakan peralatan untuk kerja-kerja pemeriksaan perangkap tikus seperti berikut.
Ø  Memeriksa perangkap-perangkap tikus yang telah dipasang. Sekiranya terdapat tikus, ianya akan dimasukkan ke dalam karung hidup-hidup, diikat dan dibawa balik ke pejabat.
Ø  Perangkap baru akan dipasang semula ke tempat berkenaan sekali dengan umpan dan dilabelkan.
Ø  Bagi perangkap yang lain, ia hendaklah dipastikan dalam keadaan semburan  dan dilengkapi dengan umpan dan bagi mana-mana perangkap yang hilang atau rosak hendaklah digantikan dengan yang baru.

Pemeriksaan Tikus Untuk Kutu Jenis ” Xenopsylla cheopis” di makmal.
Ø  Tikus dibunuh dengan menggunakan kloroform dalam balang kaca.
Ø  Selepas tikus mati, ia disukat untuk mendapatkan bilangan kutu pada setiap tikus yang telah disikat.
Ø  Pengenalpastian dilakukan oleh PKA yang berkenaan dengan menggunakan mikroskop. Kemudian pengesahan jenis kutu akan dilakukan.
Ø  Rekodkan keputusan didalam buku daftar pemeriksaan rodensia di makmal dan tandatangan.
Ø  Bangkai tikus ditanam dan diselia oleh PKA.





11 comments:

  1. pa dia ltak laporan kat blog...haha

    ReplyDelete
  2. terima kasih..sgt membantu...salam perkenalan rakan sejawatan :)

    ReplyDelete
  3. boleh tanye x..em..kajian ni basically just write-up(based on research dan dokumen yg terlibat) atau ade turun padang(site survey) jgk?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam..tq..it's really help :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, terima kasah kerana tolong.

    ReplyDelete
  7. thank you Encik....so I can do my report at port klang thnks:)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. apa nama pegawai yg terlibat?

    ReplyDelete